Aku adalah aku..

MOHAMAD SYAFI'IE BIN HAJI KHALIL

Friday 14 March 2014

Apa itu Temuduga???

Assalamualaikum....

Untuk entry kali ni penulis nak bercerita mengenai temuduga..memandangkan sekarang ni semua keje ada temuduga...beberapa hari yang lepas pun penulis telah mnghadiri satu temuduga dengan boss tertinggi untuk 'confirmation' keje..maknanya nak tetapkan kerja ..ye la sebelum ni dalam tempoh penilaian je..tapi tak lepas plak untuk first time ni..kena jumpa balik hari isnin ni..x pe yang penting penulis cuba yang terbaik. Bagi penulis temuduga itu adalah singkatan bagi bertemu dan diduga..hahaha..betul kan??

Jadi kali ini penulis ingin berkongsi sedikit mengenai bagaimana nak menghadapi diri semasa temuduga dan info sedikit mengenai temuduga.



Apa itu Temuduga??? 

Temuduga adalah suatu proses dimana individu bertukar maklumat dimana ianya mungkin mengenai permohonan pekerjaan, kenaikan pangkat dan sebagainya.

Apakah Tujuan Temuduga??

  • Untuk membolehkan penemuduga / majikan mendapatkan maklumat mengenai diri anda
  • maklumat ini akan digunakan oleh mereka bagi membuat keputusan yang tepat berhubung dengan kesesuaian anda dan jawatan yang dipohon.

Tujuan Lain Tenuduga??
  1. Untuk melihat ciri-ciri personaliti anda
  2. Untuk mengetahui dan membuktikan pengetahuan, kemahiran dan bakat anda
  3. Untuk mengetahui dan membuktikan pencapaian akademik dan latihan yang pernah anda ikuti.
  4. Untuk mendapatkan maklumat tentang pengalaman bekerja anda (jika ada)
  5. Untuk menilai motivasi dan keinginan anda bekerja 
  6. Untuk menanya / memberitahu anda akan jenis pekerjaan dan tanggungjawab pekerjaan yang dipohon / ditawarkan.


Persediaan sebelum temuduga??

  • dapatkan maklumat asas yang tepat
  • mengkaji mengenai bakal majikan dan organiasinya
  • tentukan anda mengenali diri anda.
  • Sediakan dokumen yang mencukupi
Sekiranya anda telah melepasi segala rintangan semasa temuduga dan tidak mendapat berita serta mendukacitakan, maka tidak perlulah kita berputus asa kerana rezeki ada dimana2 dan jika kita meperoleh kerja dan sukacitanya mendapat jawapan yang baik maka bersegeralah kita bersyukur atas rezeki yang diberikan.

Secara kesimpulannya, kita perlu berusaha berdoa, dan bertawakal ke atas semua hasil usaha dan kerja yang dilakukan..kepada pembaca yang akan menghadiri temuduga selamat berjaya dan hadapi dengan tenang..kejayaan pasti milik kita..adioss

No comments:

Post a Comment