Aku adalah aku..

MOHAMAD SYAFI'IE BIN HAJI KHALIL

Tuesday 18 March 2014

Tentang Aku dan Dia (Part 2)

Assalamualaikum...

Selamat petang..ok hari ni penulis rasa nk 'updated' mengenai entry ni sebab penulis bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya penulis telah lulus dalam temuduga untuk 'confirmation' keje dan tidak lagi dalam proses penilaian..Alhamdullillah..Sebenarnya entry kali ni penulis rasa gembira dan nak bercerita sedikit mengenai cerita kami ini..bukan cerita jiwang sangat cuma nak cerita mengenai 'Aku dan Dia' sekadar suka2 dan sebagai memori di dalam blog ini. Untuk memenuhkan blog ini. pelbagai bnda akan di masukkan. 

Kali ini penulis nak sambung cerita bagaimana penulis boleh rapat ngan gadis ini..gadis ini boleh dikategorikan sebagai 'happy go lucky' jugak kerana kalau tengok dia memang tak lekang senyum dan ketawa tak boleh lepas dari mulut dia..kalau bercakap memang 'pot pet pot pet' 24 jam cuma tak masuk pidato je..(sorry :-p)..hehehe..tetapi dalam dia dok banyak cakap, semua yang gadis ni cakap atau kata2 yang kuar dari mulut dia memang buat org ketawa dan senang untuk berkomunikasi dengan dia. Boleh juga dikatakan gadis ni seorang yang muda didampingi dan tidak sombong. Tetapi dalam banyak banyak dia bercakap pun... ada masa masa dia utk tidak bercakap. Kalau gadis ni tak keluarkn suara dia memang pelik dan janggal sekali. Mungkin ada masa mood dia kurang baik. sbb tu sampai masa mood dia tak baik... dia akan terus menerus senyap senyap senyap dan terus senyap. Dah macam simpan emas dalam mulut..heee. tp bila dia macam tu. Nampak COMEL dia. Dalam satu hari tu pernah beberapa patah berpataan sahaja di keluarkn, tak nak cakap punya pasal. ^__^

Apa yang mencuit hati penulis adalah sikap gadis ini yang banyak cerita..dulu kami selalu saling berhubung dan jika gadis ini 'call' mesti ada cerita yang hendak disampaikan..hinggakan 'ex bf' dia pon dia akan angkut skali cerita kat penulis..dan memandangkan penulis ni jenis yang melayan memang jadi pendengar yang setia 24 jam apa yang gadis ni cerita..kira tadah telinga sambil menyampuk 2 tiga kali..sekadar penyedap cerita..cuma kami mula jarang 'contact' bila penulis nak 'exam' lama jugak gadis ni senyap penulis pon tak kacau la sbb masa 2 sibuk dengan STPM. kesah kesah suka dan duka gadis ni bnyak jugak penulis tahu, cuma satu ketika penulis di jemput masa Hari Graduasi beliau... betulkan graduasi.. kalau salah tolong betulkan ye OCK. hehehe.

Pada satu hari penulis mendapat mesej dari gadis ni..dengan ucapan 'SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN, SEMOGA BERJAYA DAN MENJAWAB DENGAN TENANG'...ingat jugak setelah sekian lama menyepi..tapi selepas itu gadis ni dah jarang contact memandangkan dia pon sibuk meneruskan pelajaran di universiti..tapi hubungan kami jadi lebih rapat selepas itu..disebabkan apa nanti penulis bagitau pada entry yang akan datang.. idea masih belum dtg lagi.. ok itu saja untuk kali ini..adioss


ni tangan gadis itu..hehehehe




No comments:

Post a Comment