Aku adalah aku..

MOHAMAD SYAFI'IE BIN HAJI KHALIL

Thursday 20 March 2014

Dapur PAnas!!!

Assalamualaikum....



Anda kenal ngan Chef Nik Micheal Imran?? Sape tak kenal kan dengan chef ni yang penah masuk program masterchef dulu... penulis sendiri tak kenal siapa dia,,lepas je habis pengambaran baru lah penulis Search Google tentang Chef Nik ni... Maaf Chef, time tu ssebenarnya penulis masih tak kenal Chef ni adalah Chef... Nak tahu apa kaitan chef ni ngan entry penulis kali ini..haa ok nak dipendekkan cerita chef ni telah memilih salah satu tapak perkhemahan kami pengakap selangor sebagai salah satu lokasi DAPUR PANAS untuk episod 11 yang telah ditayangkan pada 19 mac 2014 jam 11.30 pagi di tv3. Lokasi Kanching Templer's Park Jungle Waterfall 
1, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor, Malaysia.
Dalam program ini penulis dan geng2 pengakap penulis kena la berlakon macam2 aktiviti seperti berkayak,memasak cara pengakap, abseling,jungle tracking dan lain lain yang dibuat kadang2 ada yang buat2 jew nak kasi nampak real. Yang coolnye chef ni masak pakai baju pengakap wooo...bangga jadi pengakap Malaysia,,heheh. Kami yang terlibat berharap pengambaran yang di lakukan di lokasi kami ini memberi satu batu lonjatan untuk memperkenalkan tempat kawasan perkhemakan justeru dapat membuka mata dan hati anak anak muda untuk mendaftarkan diri dalam KELANA...LAGI LAGI KELANA LAUT G. Pagar sentiasa mengalu alu kan kedatangan ahli baru...hehe.. Promot sikit...

Penulis tengok rancangan ni bersama ahli kluarga,, tidak ketinggalan juga geng2 lain turut menyaksikan gelagat masing2 di dalam TV. Dah Jadi RETIS ni,maka sediaknlah pen dan kertas. risau risau ada yang akan mintak SAIN  nanti. semalam pon tergelak2 sebab nmpk la jugak muka penulis yang 'control' masuk tv sekali sekala..hahahah, walaupun sekali sekala je masuk. ada jgak yang perasan sehingga kan ada saudara terdekat call. cakap muka Penulis masuk TV ( kembang kejap ^__^ ). Semua yang terlibat dalam menjayakan program DApurPAnas ini semuanya berbakat... kalau ada pelakon nak guna.. boleh lah jemput kami... kami sedia berkhidmat.. teringat pulak Persetian dn Undang2 pengakap.hahaha



Ok lau kalian nak tengok ulangan boleh tengok kat tonton. boleh Download sekali kepada sesiapa nak simapan. DI izinkan..hehehe. Ada peluang utk masuk tv lagi penulis akan warwarkan ye. mungkin makan tahun utk masuk tv kali ke dua...
http://www.tonton.com.my/

Ni gambar yang penulis nak share ckit..kualiti gambar tak berapa cantik sebab ambik dlm laptop..hahaha





Ok lau nak tengok lagi jelas sila la ke www.tonton.com.my haa kat situ leh la nampak muka penulis dengan jelas ye boleh tngok berulang ulang beribu ribu kali... rasa nk masuk kelana, boleh PM Penulis perasan lebih dh ni...ok itu sahaja untuk kali ni..adioss #OCK C.IDA

No comments:

Post a Comment