Aku adalah aku..

MOHAMAD SYAFI'IE BIN HAJI KHALIL

Wednesday 12 March 2014

Tentang Aku dan Dia (Part 1)

Assalamualaikum..

Tengok pada entry kali ini sedikit jiwang dan melibatkan perasaan sedikit..tp tak pe la kadang-kadang penulis nak juga jiwang2 ni..hahah..just nk share kat sini mengenai 'dia' ni. Gadis ni penulis dah kenal lama dan kami memang dah jadi BFF sekarang dan sahabat hingga akhir hayat bukan nak berjiwa sangat cuma penulis nk kabo je yang gadis ni banyak memberi sokongan dan nasihat dalam hidup penulis semenjak penulis mula mengenali dia.

Pada tahun 2011, penulis join la Jamboree Pengakap nak dijadikan cerita, gadis ni adalah graduan sebuah IPTA yang terkenal jugak dan tidak semena2 penulis minta gadis ini add penulis di 'facebook'. Maka persahabatan kami bermula di sini dan banyak 'sharing together' pasal pelajaran dan gadis ni banyak bagi nasihat kepada penulis lebih2 lagi masa penulis nak STPM dulu. Tidak cukup dengan 'FB', kami turut berkongsi pendapat mahu pun masalah di 'skype' . menjadikan kami lagi mudah untuk berkongsi setiap apa yang berlaku pada diri masin-masing. Perkongsian masalah dan perdapat terus menerus kami kongsikan. sehinngga... Pengenalan kami berterusan apabila pertemuan kami di kawasan dan tempat yang kami sendiri tidak dapat djangkakan... ^___^

Sekarang ni perkenalan kami dah dekat 3 tahun lebih..kira lama jugak la ye..tp banyak lagi penulis tak tau pasal gadis ni..emm (rasa2 la).. nape penulis tak 'mention' nama dia..hahah saje kasi misteri..kalau ada yang kenal penulis dengan rapat mungkin kenal la kot sape gadis ni..Jadi sape gadis ni?? Makwe penulis ke? kawan ke? adik ke? akak ke? sepupu ke?? hehe ni lagi satu penulis nak kasi misteri (misteri la sangat). Tapi apa yang penulis nak cakap gadis ni banyak mambantu penulis dan juga rasa bersyukur dan bertuah dapat mengenali gadis ni.. amat bersyukur kerana sedar  tak sedar penulis dah lama mengenali gadis ini. Kehadiran dia membuatkan kehidupan penulis makin hari makin ceria. Walau ada seketika keadaan menjadi suram dek kerana sensetiviti yang bergelumang di dalam diri dia. maklumlah anak BONGSU katanya. Walauapa pun karenah dia yang tidak menentu kadang-kadang itu. tetapi masih dapat mengukir senyuman di bibir penulis. :* .

Rasanya cukup sekadar ini sahaja entry kali ni..orang kata mukadimmah kepada entry Tentang Aku dan Dia.. jikalau ada kelapangan penulis akan meng'update' lagi cerita mengenai entry ini bahagian lain plak. Kepada pembaca terima kaseh kerana sudi meluangkan masa dok belek2 blog penulis yang tak seberapa ini..ok itu saja adiosss..


No comments:

Post a Comment