Aku adalah aku..

MOHAMAD SYAFI'IE BIN HAJI KHALIL

Monday 28 April 2014

MEI

Assalamualaikum

Sudah sebulan rasanya penulis tidak mengupdate blog ini..makin bersarang dan bersawang rasanya. Minta maaf kerana penulis tersangat la bz dengan pelbagai program scout dan juga kerja yang bertimbun2 datang menjelma. Jadi kepada mereka yang membaca blog penulis terima kasih penulis ucapkan.

Entry kali ini penulis nak bercakap sikit mengenai bulan MEI..apakah?? apa kaitan bulan Mei ni..hahaha untuk pengetahuan pembaca penulis telah ada beberapa agenda untuk bulan Mei ini yang penulis rasa amat penting untuk masa depan penulis..chewahh bermadah plak.

Mei?...ha...pada bulan mei ini yang pertama penulis nak cakap pada awal bulan ini penulis telah memasang untuk mula mengumpul saki baki duit untuk projek besar-besaran pada tahun 2016. Insyaallah semoga tahun tersebut menjadi tahun yang membahagiakan penulis. Seterusnya pada pertengahan bulan mei pula penulis perlu mengingati tarikh ini 13 Mei ini bukan disebabkan tarikh perbalahan kaum yang negara kita hadapi pada berpuluh tahun yang lalu..tetapi tarikh istimewa buat yang teristimewa..siapa?? tunggu..ha manakala hujung bulan mei pula penulis akan menghadiri satu kenduri dimana penulis kena jadi pengapit?? apakah ini menunjukkan bahawa jodoh penulis suh kawen cepat dah sampai..hhaha insyaallah..kita nantikan...aamiin.

Ha..jadi itulah segala program yang penulis rangka sempena bulan mei nanti..jangan lupa juga 1 mei ini adalah bulan rejab maka kita disunatkan perbanyakkan berpuasa..insyaallah sama-sama mendapat pahala...Sekian dulu entry kali ini..selamat beramal...adioss




No comments:

Post a Comment