Aku adalah aku..

MOHAMAD SYAFI'IE BIN HAJI KHALIL

Monday 28 April 2014

Jenis Darah dan PerSoNaliti

Assalamualaikum...



Percaya atau tidak jenis darah juga membantu seseorang mengenali peronaliti dirinya. Ada jugak yang mencari jodoh berdasarkan darah pasangannya untuk mengetahui keserasian antara mereka. Jadi, kalau korang atau pembaca semua nak tahu apakah rahsia disebalik persoanaliti pembaca melalui jenis darah, anda boleh la melihat entry penulis kali ini.. check this out!!!!

Ok kali ini penulis ingin berbicara sedikit mengenai BLOOD ataupun jenis-jenis darah. Apa yang penulis ingin kabo kan kepada pembaca adalah mengenai apa yang tertera pada entry kali ini. Penulis mendapat ilham untuk menulis berkaitan dengan jenis darah dan personaliti setelah penulis membaca satu majalah dan mendapat rujukan daripadanya. Harap semua pembaca 'enjoy' dan tidak terlalu taksub dengan apa yang penulis tulis..hehehe selamat membaca..

DARAH JENIS A

Seorang yang tenang, cool dalam apa jua keadaan. Kadang-kadang boleh jadi seorang yang pemalu. Walaupun begitu, mereka yang mempunyai jenis darah ini amat mementingkan kesempurnaan di mana segala apa yang mereka mahukan haruslah serba serbi sempurna. Tidak boleh ada kekurangan. Biasanya, jenis darah A dikategorikan sebagai seorang yang cintakan seni, kreatif dan unik. Pada pandangan orang lain pula, pemilik darah ini adalah seoarang yang setia, jujur dan boleh dipercayai. Pasangan yang sesuai dengan jenis darah A adalah mereka yang mempunyai jenis darah A dan juga AB.

DARAH JENIS B

Mereka yang mempunyai darah jenis B adalah mempunyai sifat nakal, liar dan adakalanya degil. Susah nak terima nasihat orang lain kerana mereka lebih suka menurut kemahuan sendiri dan mengikut kehendak hati dengan apa yang hendak dilakukan. Tidak suka mencampuri urusan orang lain dan juga keadaan 'mood' yang berubah dan sukar diramal oleh orang lain. Namun, itulah yang membuatkan mereka yang mempunyai jenis darah ini lebih disayangi oleh kawan-kawan dan teman seperjuangan. Walaupun sifat yang luar biasa namun mereka ini punyai keistimewaan sendiri yang membolehkan mereka ini berjaya pada masa akan datang. Seseorang yang memiliki jenis darah ini akan melakukan sesuatu yang susah dan mustahil sehingga berjaya. Pasangan yang sesuai dengan jenis darah B adalah kategori darah jenis B dan AB.

DARAH JENIS O

Dikataan seorang yang ceria. Sifat yang suka bergaul dan suka berkawan disenangi oleh rakan-rakan. Mereka jenis darah ini memiliki daya penarik tersendiri yang menarik minat ramai untuk mendekati mereka ini. Malah mereka ini mempunyai tahap keyakinan yang kuat dalam melakukan sesuatu yang mencabar. Berani dan bersemangat tinggi. Pasangan yang sesuai untuk pasangan jenis darah O adalah jenis darah o dan AB.

DARAH JENIS AB

Personaliti mereka yang mempunyai darah jenis ini sebenarnya susah nak digambarkan. Kalau boleh digambarkan sekalipun, pasti ianya akan berubah tak sampai seminggu..hehehe. Secara kesimpulannya mereka yang berdarah jenis AB memiliki split identity or split personality. Mood yang suka berubah-ubah dan tidak boleh diramal jenis mood yang akan datang. Dikenali dalam kalangan kawan-kawan seorang yang peramah dan pemalu. Mereka juga seorang yang berjiwa sensitif, cuai dan kelam kabut. Pasangan yang sesuai dengan jenis darah AB adalah dengan semua jenis darah.


Ha..itu sahaja lah yang dapat penulis kongsi dengan pembaca semua. Jadi bagi mereka yang membaca dan ada kena mengena sikit dengan personaliti anda..jangan marah ini hanyalah sekadar andaian sahaja melalui beberapa fakta dan pembacaan yang dilakukan oleh penulis.. Penuli sendiri yang jenis berdarah A.. anda pula bagaimana?? Setakat ini sahaja dahulu entry penulis..jumpa lagi.. adiosss..


MEI

Assalamualaikum

Sudah sebulan rasanya penulis tidak mengupdate blog ini..makin bersarang dan bersawang rasanya. Minta maaf kerana penulis tersangat la bz dengan pelbagai program scout dan juga kerja yang bertimbun2 datang menjelma. Jadi kepada mereka yang membaca blog penulis terima kasih penulis ucapkan.

Entry kali ini penulis nak bercakap sikit mengenai bulan MEI..apakah?? apa kaitan bulan Mei ni..hahaha untuk pengetahuan pembaca penulis telah ada beberapa agenda untuk bulan Mei ini yang penulis rasa amat penting untuk masa depan penulis..chewahh bermadah plak.

Mei?...ha...pada bulan mei ini yang pertama penulis nak cakap pada awal bulan ini penulis telah memasang untuk mula mengumpul saki baki duit untuk projek besar-besaran pada tahun 2016. Insyaallah semoga tahun tersebut menjadi tahun yang membahagiakan penulis. Seterusnya pada pertengahan bulan mei pula penulis perlu mengingati tarikh ini 13 Mei ini bukan disebabkan tarikh perbalahan kaum yang negara kita hadapi pada berpuluh tahun yang lalu..tetapi tarikh istimewa buat yang teristimewa..siapa?? tunggu..ha manakala hujung bulan mei pula penulis akan menghadiri satu kenduri dimana penulis kena jadi pengapit?? apakah ini menunjukkan bahawa jodoh penulis suh kawen cepat dah sampai..hhaha insyaallah..kita nantikan...aamiin.

Ha..jadi itulah segala program yang penulis rangka sempena bulan mei nanti..jangan lupa juga 1 mei ini adalah bulan rejab maka kita disunatkan perbanyakkan berpuasa..insyaallah sama-sama mendapat pahala...Sekian dulu entry kali ini..selamat beramal...adioss