Aku adalah aku..

MOHAMAD SYAFI'IE BIN HAJI KHALIL

Tuesday 11 March 2014

MH370


Assalamualaikum...

Pada tanggal 8 Mac yang lalu kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat mas MH370 yang sepatutnya tiba di beijing pada kul 6.30 pagi dilaporkan hilang lau x salah penulis la..lau salah tlg betulkan ye..kehilangan pesawat Mh370 ini mengemparkan seluruh dunia kerana syarikat penerbangan MAS tidak pernah berlaku kejadian yang buruk dalam tempoh berpuluh tahun. Kehilangan pesawat MH370 ini menjadi satu misteri kerana Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk mencari pesawat ini tidak kira walau macam mana keadaan sekali pon.

Tetapi apa yang menyedihkan kepada penulis adalah terdapat segelintir masyarakat kita yang masih lagi berfikiran cetek dan mengaitkan kehilangan pesawat ini dengan agenda politik malah ada juga yang berunsur perkauman. Unsur keagamaan juga menjdi isu kepada kejadian ini. Seharusnya kita rakyat Malaysia sama2 berganding bahu berdoa kepada Allah supaya menemukan kembali pesawat MH370 kerana terdapat beberapa warganegara kita yang berada di dalam pesawat berkenaan. Walaupun mereka bukan dalam kalangan ahli keluarga sendiri tetapi sama2 lah kita berdoa kerana doa adalah senjata utama umat Islam dan berkemungkinan Allah merindukan doa2 makhluknya yang kadang2 leka dengan kealpaan dunia. 

Kesimpulannya penulis ingin menyeru kepada semua supaya perbanyakkan solat hajat dan doa supaya pesawat MH370 ditemui secepat yang mungkin dan kepada ahli keluarga yang masih bersedih bersabarlah..sesungguhnya sesuatu kejadian ada hikmahnya...insyaallah .


No comments:

Post a Comment